Reman pemandu treler disambung tiga hari lagi
IPOH, 15 Mei – Perintah reman terhadap pemandu treler bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Rabu lepas, disambung tiga hari lagi bermula esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata lelaki berusia 28 tahun itu dijangka dituduh di mahkamah selewat-lewatnya Rabu depan.
“Reman dapat disambung selama tiga hari. Suspek dijangka didakwa sama ada Selasa petang atau Rabu pagi,” katanya yang dihubungi hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pemandu treler berkenaan direman bermula Khamis lepas hingga hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Siasatan polis mendapati pemandu itu mempunyai 22 saman trafik dengan daripada jumlah itu, 21 saman telah dibayar termasuk lapan saman berkaitan kesalahan memandu laju.
Lima pelajar yang maut ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERANTI TABLET ‘PENYELAMAT’, BERI BANYAK MANFAAT KEPADA PELAJAR
AYER KEROH 16 Januari - Pemberian peranti berupa tablet kepada pelajar dalam kelompok keluarga B40 menerusi Program Anak Kita memberi...
BAZAR AIDILFITRI BANDA HILIR LAIN DARI YANG LAIN
BANDA HILIR 16 Januari - Bazar Mega Aidilfitri Banda Hilir 2025 di Banda Hilir mendapat sambutan hebat daripada peniaga apabila...
W.R.U.R: KAMPUNG GUAN KINI DILENGKAPI KOD QR
KUALA LINGGI 16 Januari - Kampung Guan menjadi kampung pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi ditransformasi menjadi Kampung...
713 CALON SPM 2025 MELAKA TERLIBAT ‘PROGRAM ANAK KITA’
AYER KEROH 16 Januari - Pelaksanaan Program Anak Kita (PAK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Melaka akan melibatkan seramai...
MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT
PENGKALAN BATU 16 Januari - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung...
TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT
PAYA RUMPUT 16 Januari - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal...