Sorting by

×

Restoran Stad# @ LaCrista memang umphh!

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SUASANA hotel klasik, makanan ‘western’ menyelerakan, Restoran Stad# memang tidak mengecewakan!

Menu makanan barat seperti ‘Braised Beef Ribs’, ‘Pasta Seafood Marinara’ serta ‘Pan Fried Seabass’ ternyata memberikan satu kepuasan buat penulis ketika hadir dalam majlis pelancaran restoran tersebut pada 28 Jan lepas.

Braised Beef Ribs

Dengan terlancarnya restoran itu, ternyata ia adalah satu pertaruhan berbaloi buat Hotel LaCrista untuk mempromosikan hidangan kulinarinya.

Pada awalnya, terdetik di hati penulis mengatakan “mungkin rasa hidangannya sama sahaja seperti hotel lain yang setaraf”.

Namun begitu, penulis tersilap, ternyata Restoran Stad# mempunyai tahap kelasnya tersendiri bertepatan tagline restoran tersebut iaitu ‘Your Personalised Lifestyle Hotel’.

SUASANA dalam restoran.

Secara keseluruhan, pelancaran restoran tersebut menawarkan menu makan malam (dinner) dan jika dilihat dari sudut penyediaan makanan, boleh dikatakan restoran itu menepati piawaian kulinari hotel konvensional.

Menariknya, seni bina lama atau ‘old school’ Hotel LaCrista, ternyata mengimbau zaman 80-an serta 90-an, ditambah pula dengan rasa hidangan western yang ‘kena’ dengan suasana klasik hotel tersebut.

Jujur penulis katakan, kualiti rasa makanan western restoran ini adalah antara terbaik dan anda wajib untuk mencuba!

Jika anda ingin mengetahu maklumat lebih lanjut, boleh layari akaun media sosial Facebook LaCrista Hotel dan Instagram @LaCristaHotel.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1731
Kongsi :
Previous post Akta 265 tidak terpakai untuk penjawat awam – KSM
Next post 70 graduan UTMSpace terima sijil profesional
Ubah saiz-+=