Ribut badai empat rumah
KUALA LINGGI 2 September – “Bunyi macam meletup, macam kena hempap bila ribut sampai ke sini, habis sebuah atap di tengah rumah berkecai,” kata mangsa ribut di Taman Kuala Permai, di sini, Nor Hazrizan Hislam, 36.
Nor Hazrizan, antara empat pemilik kediaman yang terjejas dalam kejadian ribut melanda kawasan itu jam 2.05 pagi tadi.
Katanya, memburukkan lagi keadaan apabila hujan lebat selama dua jam menyebabkan bahagian dalam kediamannya dimasuki air.
“Mujur bumbung sahaja yang rosak, ini adalah kali pertama perumahan kami dilanda ribut seteruk ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Sementara itu, jirannya, Mohd Hadi Mohd Nor, 41, mendakwa mengalami kerugian dianggarkan RM1,000 berikutan bumbung kediamannya mengalami kerosakan.
Dia dan Nor Hazrizan mengambil inisiatif dengan membaiki sendiri bahagian bumbung rosak berikutan risau kejadian sama berulang selain kekerapan hujan ketika ini.
“Pagi tadi kami bersihkan bahagian yang rosak dan tutup menggunakan kanvas risau jika hujan lebat berulang,” katanya.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Rosli Abdullah turun padang untuk meninjau kerosakan dan bertanyakan khabar mangsa.
“Kejadian ini diambil maklum dan bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada pemilik kediaman terjejas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DUYONG ‘ROSAK’, LEBIH 15,000 DIJANGKA GEGAU LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA 2024
BANDARAYA MELAKA 12 Disember - Kira-kira 15,000 dijangka memeriahkan penganjuran edisi kedua Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita yang akan berlangsung...
PERUNTUKAN TAMBAHAN RM6 JUTA ATASI ISU BANJIR DI 5 DUN – KM
LENDU 12 Disember - Peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta telah diluluskan bagi mengatasi isu banjir di lima Dewan Undangan Negeri...
NIKMATI DISKAUN 50 PERATUS SAMAN TRAFIK, 14 DISEMBER INI
AYER KEROH 12 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50 peratus saman trafik sempena program PDRM Bersama Kerajaan...
MENGISPIRASIKAN MASA DEPAN MELALUI PENDIDIKAN: JT INTERNATIONAL SCHOOL MELAKA MENCETUS PERUBAHAN
BANDARAYA MELAKA 12 Disember - Formula pendidikan digunakan JT International School Melaka (JT), bukan sekadar untuk melahirkan anak-anak yang pintar,...
50 TAHUN RESTORAN HABEEB SULTAN, TERUS PIKAT HATI PELANGGAN
BUKIT BARU 12 Disember - Menginjak 50 tahun usia penubuhannya, Restoran Habeeb Sultan terus menjadi pilihan ramai dengan aneka juadah...
SKSPS BERI BANYAK FAEDAH KEPADA PENCARUM
MERLIMAU 12 Disember - Dianggarkan cuma 15,000 individu di seluruh Negeri Melaka yang bekerja sendiri tampil mencarum menerusi Skim Keselamatan...