
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
KUALA LUMPUR 8 Jun – Ringgit dibuka agak tinggi pagi ini berbanding dolar AS, didorong oleh jangkaan pemulihan ekonomi kerana kes baharu COVID-19 sudah menunjukkan penurunan, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1180/4.1205 berbanding dolar AS pada 4.1275/1285 ketika ditutup pada urus niaga Jumaat minggu lalu.
Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata kes baharu COVID-19 di Malaysia yang kian merata sejak beberapa hari kebelakangan ini, beserta dengan kelancaran program vaksinasi di dalam negara, meningkatkan prospek ke arah pembukaan penuh ekonomi yang semestinya akan menyokong ringgit.
“Pada masa sama, pelabur terus mencernakan data ekonomi bercampur-campur dari Amerika Syarikat serta tanda-tanda kemungkinan berlaku kenaikan kadar faedah AS,” katanya.
Sementara itu, pada paras pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Berbanding dolar AS, ringgit menyusut kepada 3.1126/1150 daripada 3.1076/1086 sebelumnya dan turun berbanding yen kepada 3.7645/7671 daripada 3.7482/7494.
Unit tempatan juga lemah berbanding euro kepada 5.0178/0208 daripada 5.0013/0025 dan lega berbanding pound Britain kepada 5.8356/8392 daripada 5.8313/8327.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
UMAR BAIHAQI BAWA IMPIAN BOLA SEPAK KE TAIWAN
PENGKALAN BATU 13 Mei - Pada usia lapan tahun, Muhammad Umar Baihaqi Muhammad Amri sudah melakar langkah besar dalam dunia...
AHMAD ‘SAKSI’ KEMAJUAN KAMPUNG ORANG ASLI AIR DUSUN
MACHAP JAYA 13 Mei - Penyediaan infrastruktur mengikut keperluan dan kesesuaian semasa menjadikan kehidupan penduduk di Kampung Orang Asli Air...
LEGENDA BIPANG, KUIH BAKUL TIGA GENERASI
ASAHAN 13 Mei - Tradisi menghasilkan kuih bipang dan kuih bakul setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina terus dipelihara di...
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...

