‘Risau pemain MUFC letih’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

JADUAL perlawanan yang padat dikhuatiri menjejaskan rentak positif Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Selepas berdepan Terengganu FC di Stadium Hang Jebat pada Rabu, skuad Hang Tuah akan ke Stadium KLFA Cheras dalam tempoh tiga hari sahaja apabila dijadual menentang Kuala Lumpur City FC, malam esok.

Hal itu diakui Pengurus pasukan, Muhammad Akram Abdullah yang bimbang pemainya akan keletihan pada perlawanan itu.

“Saya amat risau dengan jadual perlawanan yang terlalu dekat kerana ia dikhuatiri membuatkan pemain mengalami keletihan.

“Apapun, saya berharap perkara itu tidak berlaku dan minta semua pemain untuk membuktikan kepada penyokong Melaka bahawa kemenangan akan menjadi milik kita,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut aksi tersebut, Muhammad Akram mengakui Kuala Lumpur City FC bukanlah lawan yang mudah memandangkan skuad ibu kota itu berjaya memperoleh keputusan yang positif selain belum pernah tewas pada dua aksi sebelum ini.

Namun, dengan keazaman tinggi pemain MUFC, beliau percaya pasukannya mampu meneruskan rentak kemenangan di tempat lawan.

“Saya cukup yakin pemain dapat memberi sepenuh jiwa dan raga utk dibawa ke Stadium KLFA Cheras.

“Saya juga selalu tekankan bahawa kita memerlukan disiplin dan keazaman 100 peratus di atas padang untuk kita melakar kejayaan sekali lagi.

“Apapun, saya percaya pemain mampu merealisasikan harapan tersebut, sekali gus membantu kita memperbaiki kedudukan di dalam liga,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

405
Kongsi :
Previous post Lebih 18,500 dos vaksin diberikan di PPV Merlimau – Roslan
Next post Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT 3
Ubah saiz-+=