
RKK Zon Pelancongan Ayer Keroh: 50 peratus pembangunan hampir siap – Shadan
SERI NEGERI 29 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah menyiapkan hampir 50 peratus pembangunan pelancongan di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK) Zon Pelancongan Ayer Keroh.
Yang Dipertuanya Datuk Shadan Othman berkata, ia termasuk menaik taraf lampu hiasan di sepanjang kawasan Ayer Keroh membabitkan kos RM500,000 serta pengindahan di bawah jejambat Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

“Kalau kita lihat di bawah jejambat MITC terdapat kerja-kerja pengindahan landskap dan ia dijangka siap pada hujung bulan ini.
“Kesemua kerja menaik taraf ini adalah di bawah projek yang tidak berimpak tinggi yang mana tidak memerlukan kos banyak dan dilaksanakan sendiri oleh MPHTJ,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi ‘Soft Launch’ RKK Zon Pelancongan Ayer Keroh yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pusat rekreasi terkemuka ikonik diwujudkan – Sulaiman
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAOP JADI INSPIRASI ANAK MUDA
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Perkongsian pengalaman dan titipan kata nasihat daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
SUNGAI RAMBAI IKON WARISAN BUDAYA
SUNGAI RAMBAI 15 Mac - Festival Kuih Tradisional Aidilfitri, Pelita Raya dan Bubur Lambuk Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang...
MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN BESAR, BERANI CIPTA PELUANG BAHARU – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempersiapkan anak muda kelahiran bumi bertuah ini sebagai pemimpin masa hadapan...
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
