RM16 bilion diperuntuk atasi banjir, hakisan – PM

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KUALA LUMPUR 27 Sept – Beberapa projek membabitkan kos RM16 bilion akan dilaksanakan di bawah program tebatan banjir, pengurusan lembangan sungai bersepadu dan kawalan hakisan pantai serta program ramalan dan amaran banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan dilaksanakan bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan RMK-13.

Menurutnya, saban tahun, rakyat di seluruh negara dilanda bencana banjir dan tanah runtuh yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa dan mata pencarian.

“Baru-baru ini berlaku bencana seperti fenomena kepala air di daerah Yan dan Kuala Muda di Kedah, banjir di Penampang, Sabah serta tanah runtuh di Kemensah Heights, Selangor.

“Sehubungan itu, penjagaan alam sekitar adalah amat penting bagi melindungi nyawa dan mengurangkan kerugian harta benda.

“Beberapa projek membabitkan kos RM16 bilion akan dilaksanakan di bawah program tebatan banjir, pengurusan lembangan sungai bersepadu dan kawalan hakisan pantai serta program ramalan dan amaran banjir,” katanya.

Tambahnya sektor air perlu ditransformasi secara menyeluruh bagi menjamin bekalan dan kemampanan. Agenda Transformasi Sektor Air 2040 akan diperkenalkan dalam RMK-12 bagi meningkatkan kecekapan pengurusan, mengoptimumkan potensi bagi menjana kekayaan serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

“Pelaksanaan agenda ini melibatkan 4 fasa dan fasa pertama penerima-gunaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu akan dipergiat pada peringkat Persekutuan, negeri dan daerah.

“Pewartaan dan perlindungan kawasan tadahan air akan dipercepat untuk menambah baik pengurusan sumber air dan loji rawatan air sisa bersepadu akan dibina untuk kawalan percemaran,” katanya.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

487
Kongsi :
Previous post Bantuan RM3,000 bagi agensi pelancongan berlesen di bawah MOTAC
Next post 1,421 kes panggilan telefon menyamar pegawai kerajaan, babitkan kerugian RM57juta – Polis
Ubah saiz-+=