Bantuan RM3,000 bagi agensi pelancongan berlesen di bawah MOTAC

Masa Membaca:52 Saat

PUTRAJAYA 27 Sept. – Kerajaan akan menyalurkan bantuan kewangan RM3,000 kepada syarikat pengendalian pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Ia adalah kali kedua bantuan sama diberikan kepada agensi pelancongan berdaftar, yang mana sebelum ini adalah menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

MOTAC dalam satu kenyataan hari ini menyatakan syarikat pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang telah menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif PEMERKASA, adalah layak secara automatik bagi bantuan PEMULIH dan tidak perlu membuat permohonan.

“MOTAC menyeru syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah kementerian yang tidak pernah menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif PEMERKASA, untuk mengambil peluang ini mengemukakan permohonan kepada pihak kami,” kata MOTAC.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan PEMULIH, layari laman sesawang rasmi MOTAC di http://motac.gov.my/pemulihmotac2021 atau hubungi pejabat MOTAC negeri berdekatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post Malaysia kekal kompetitif tarik pelaburan asing pasca COVID-19
Next post RM16 bilion diperuntuk atasi banjir, hakisan – PM
Ubah saiz-+=