RM165,000 bantu belia, pelajar IPT Melaka terkesan COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 3 Sept – Sejumlah RM165,000 diperuntukkan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam menyalurkan bantuan COVID-19 kepada mereka yang terkesan.

Presiden MGBM, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, jumlah peruntukan itu merangkumi pemberian 3,000 kit makanan kepada golongan belia Melaka yang terjejas sepanjang pandemik melanda.

Selain itu, pihaknya bersama MyFundAction turut mengagihkan 600 pek makanan bagi membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang terkandas di kampus.

MOHD RIDHWAN

“Menerusi Program Mobilisasi Bantuan Prihatin COVID-19, MGBM telah melancarkan #KitaAda yang bermaksud pertubuhan belia sentiasa ada untuk membantu mereka yang memerlukan khususnya membabitkan anak muda di negeri ini.

“Secara keseluruhan kita telah mengedar 3,000 kit makanan sejak pandemik melanda dan akan mengagihkan pula 600 pek makanan kepada pelajar di IPTA dan IPTS seluruh Melaka.

“Walaupun bantuan yang diberi mungkin tidak sebesar mana, namun kita yakin ia sekurang-kurangnya dapat membantu anak muda yang turut terkesan sejak pandemik ini melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program simbolik penyerahan pek makanan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Seri Bendahara, hari ini.

Dalam majlis itu, Sulaiman turut menyempurnakan gimik pelancaran Program Mobilisasi Bantuan Prihatin COVID-19 oleh MGBM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

272
Kongsi :
Previous post 256 belia Melaka terlibat sukarelawan di PPV
Next post Edar 299.09 gram kanabis, penghantar barang menangis ke tali gantung
Ubah saiz-+=