RM676.6 juta dibelanjakan bantu golongan tidak bernasib baik

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TABOH NANING 4 Julai – Sejumlah RM676.6 juta dibelanjakan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dalam membantu golongan tidak bernasib baik untuk diangkat menjadi golongan profesional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas- Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, daripada jumlah itu seramai 30, 315 pelajar dari pelbagai latar belakang menerima manfaat dalam tempoh antara 2012 sehingga Mac 2020.

Menurut beliau, tiga program teras dalam memacu keupayaan bumiputera ditawarkan Yayasan Peneraju adalah Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.

“Kita di Yayasan Peneraju mahu membantu golongan tidak bernasib baik (pelajar cemerlang) yang terlepas peluang untuk dibantu bagi membolehkan mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Tujuan kita supaya mereka ini diangkat, dibentuk untuk menjadi insan profesional yang boleh kita sama-sama membangun dalam masa mereka ini berusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, SPM, STPM dan STAM peringkat Parlimen Alor Gajah di A’Famosa Resort, di sini, semalam.

Mohd Redzuan berkata, penerima faedah bukan hanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi bahkan juga untuk mereka yang sedang bekerja bagi mendapatkan pendidikan berkualiti.

“Ini adalah satu inisiatif kerajaan bagi mengukuhkan pembinaan keupayaan bumiputera secara sejagat serta berterusan khususnya dalam meningkatkan kualiti, kuantiti keberkesanan bakat bumiputera ke arah negara berpendapatan tinggi melalui akademik, pensijilan profesional serta vokasional,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai seramai 181 pelajar cemerlang hadir bagi menerima anugerah.

Views:

240
Kongsi :
Previous post JAIM pantau IPIS tak berdaftar
Next post Melaka negeri contoh penternakan akuakultur berjaya
Ubah saiz-+=