RM7 juta untuk imam, bilal, noja dan guru takmir Melaka

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 15 Feb – Sejumlah RM7,016, 785.60 juta akan diperuntukkan kepada imam, bilal, noja dan guru takmir di negeri ini sepanjang 2022.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, peruntukan itu membabitkan 2,294 penerima yang banyak memberi sumbangan dalam pembangunan dakwah dan Islam.

“Peruntukan itu membabitkan caruman kerajaan sebanyak RM232.80 bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerja Sendiri (SPS) Perkeso membabitkan seramai 777 orang dengan peruntukan sebanyak RM180,885.60 setahun.

“Bagi imbuhan Imam pula diperuntukkan RM3,845,400 kepada seramai 377 orang dan elaun Guru Takmir diperuntukkan sebanyak RM2,538,000 kepada 235 orang untuk suku pertama tahun ini disalurkan pada 7 Jan lalu,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada Multaqa Murabi Ummah Peringkat Melaka 2022 yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Menurutnya, secara keseluruhan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13,320,705.60 termasuk kepada
Guru KAFA Melaka sepanjang tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1621
Kongsi :
Previous post Saifuddin ketuai delegesi Malaysia ke sesi pemukiman menteri-menteri luar ASEAN di Kemboja
Next post Jumpa tengkorak, rangka dipercayai warga emas dilaporkan hilang
Ubah saiz-+=