
RON97 naik satu sen dan diesel kekal
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.99 kepada RM3.00 seliter bagi tempoh 16 Dis hingga 22 Dis.
Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.
Harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...

