
Rusuhan di Kepulauan Solomon, semua rakyat Malaysia selamat – Wisma Putra
PUTRAJAYA 26 Nov – Kementerian Luar (Wisma Putra) memantau rapat perkembangan terkini di kepulauan Solomon, ekoran pergolakan dan tunjuk perasaan yang berlaku di bandar Honiara.
Menurut kenyataan kementerian hari ini, kesemua 231 warga Malaysia di bandar raya itu manakala 950 lagi yang berada di luar bandar dilaporkan selamat.
“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea sentiasa berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di Kepulauan Solomon melalui Konsulat Kehormat Malaysia di negara tersebut,” menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Kepulauan Solomon boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby atau kementerian.
Menurut laporan media, protes antikerajaan menuntut Perdana Menteri Manasseh Sogavare meletak jawatan itu sudah berlarutan sejak Rabu, menyebabkan banyak insiden kebakaran berlaku di bandar raya tersebut. Sebuah balai polis dan bangunan di kawasan parlimen turut dibakar.
Sogavare pada Rabu mengenakan sekatan pergerakan selama 36 jam di Honiara tetapi tidak diendah penunjuk perasaan.
Australia turut menghantar anggota polis dan tenteranya ke Kepulauan Solomon pada Jumaat untuk membantu mengawal rusuhan. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
WRUR MERLIMAU: MAIM UKIR SENYUMAN DI WAJAH ASNAF
MERLIMAU 14 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membela kebajikan asnaf dan ia dizahirkan menerusi program Wakil...
GAJI GURU KAFA MELAKA ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA
SERI NEGERI 14 Julai – Kadar gaji minimum RM1,750 sebulan diterima guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Melaka...
RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT
SERI NEGERI 14 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di...
MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026
SERI NEGERI 14 Julai – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara...
PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG
SERI NEGERI 14 Julai – Pencapaian pendidikan aliran agama di Melaka terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila kesemua 10 sekolah aliran...
