
RUTC Klebang jadi pusat sehenti warga emas, anak muda
KLEBANG 25 Jun – Dalam usaha mengeratkan hubungan masyarakat setempat, RUTC Klebang kini dinaiktaraf menjadi pusat sehenti bagi penduduk Klebang Besar.
Pengerusi Pertubuhan Pembela Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hasan berkata, inisiatif itu diwujudkan sebagai salah satu usaha mempelbagaikan aktiviti untuk warga warga emas dan anak muda kampung itu.
Dengan cara itu juga, ujarnya, ia dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan anak muda.
“Bila kita jadikan RUTC sebagai pusat sehenti, golongan warga emas dapat berkumpul dan saling bertukar-tukar idea untuk kemajuan kampung ini.
“Bagi anak muda pula, kita perbanyakkan aktiviti dan memberi pelbagai ganjaran daripada aktiviti tersebut dalam usaha mengurangkan masalah sosial seperti melepak, merempit atau penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Selain bertindak sebagai pusat sehenti warga emas dan orang muda, pihaknya juga menjadikan RUTC sebagai pusat aduan bagi kira-kira 5,000 penduduk kampung di sini.
Jelasnya, ia selaras dengan misi pertubuhan itu untuk mendekati masyarakat dan menjaga kebajikan mereka.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...


