Sambutan Aidilfitri, Hari Perbandaran ke-20 MPAG meriah

Masa Membaca:58 Saat

ALOR GAJAH 13 Mei – Sambutan Hari Perbandaran, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Ke-20 tahun ini dianggap lebih istimewa dan meriah kerana berlangsung dalam bulan Syawal.

Meskipun Syawal sudah semakin hampir ke penghujung tetamu hadir ke tapak program di Dataran MPAG, di sini, malam tadi, masih mengekalkan ‘mood’ Aidilfitri.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan pemimpin negeri lain termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari serta Yang Dipertua MPAG, Tpr. Saifuddin Abdul Karim.

Tun Mohd Ali, turut menyempurnakan simbolik sambutan Hari Perbandaran MPAG ke-20 dengan memotong pulut kuning sambil diiringi Ab Rauf.

Penganjuran majlis dua dalam satu itu dihadiri kira-kira 8,000 tetamu yang turut membabitkan penduduk sekitar Alor Gajah.

Tetamu turut dihidangkan juadah raya seperti lemang, rendang ayam, kuah lodeh, sate, mi goreng dan cendol.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3031
Kongsi :
Previous post Projek jalan mendap tuah buat PDTAG
Next post TASK beri bantuan awal bencana
Ubah saiz-+=