TASK beri bantuan awal bencana

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ALOR GAJAH 13 Mei – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menubuhkan Unit Tindakan Awal Skuad Khas atau (TASK) bagi memberi bantuan awal kepada penduduk terkesan akibat bencana di daerah itu.

Yang Dipertua MPAG, Tpr. Saifuddin Abdul Karim berkata, TASK ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mei lalu dan buat permulaan pasukan itu dianggotai 10 kakitangan daripada pelbagai jabatan.

Katanya, bagi memberikan perkhidmatan dan tindak balas berkesan TASK diketuai anggota Jabatan Penguatkuasaan turut dibekalkan dengan perlatan yang sesuai dengan tugas dan peranan mereka.

“Pasukan ini sentiasa bersedia tanpa mengira masa, mereka akan laksanakan tanggungjawab jika berlaku bencana termasuk pokok tumbang dan banjir.

“TASK berperanan untuk membantu agensi atau jabatan lain berkaitan untuk menangi sebarang bentuk bencana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Perbandaran MPAG Ke-20 dan Sambutan Hari Raya di Dataran MPAG, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1920
Kongsi :
Previous post Sambutan Aidilfitri, Hari Perbandaran ke-20 MPAG meriah
Next post Jual ‘cheese tart’ guna TikTok
Ubah saiz-+=