Sambutan bazar Jalan Hang Tuah luar jangka, raih jualan RM1.6 juta

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 April – Kewujudan bazar Aidilftri di Melaka ketika pandemik menunjukkan peniaga mampu ambil risiko jana pendapatan memulihkan ekonomi masing-masing sehingga mampu meraih jualan melebih RM1.6 juta.

EXCO Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf berkata bukan mudah bagi peniaga bazar untuk bangkit memulihkan pendapatan selepas dua tahun bergelut meneruskan kelangsungan hidup akibat pandemik.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat sendiri usaha penganjur menyediakan bazar Ramadan dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik, peniaga tempatan mampu bernafas semula.

“Sambutan peniaga di bazar Ramadan begitu mengagumkan, di bazar Ramadan Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) di Jalan Hang Tuah sahaja lebih 95 peratus gerai merekodkan jualan lebih (sasaran), tidak disangka malah sambutan daripada masyarakat amat menggalakkan.

“Saya difahamkan sehingga jam 1.30 pagi masih ada pengunjung berkunjung ke bazar dan sejak awal Ramadan sehingga 21 Ramadan, jumlah kutipan jualan melebih RM1.6 juta.

“Kita lihat rakyat Melaka mempunyai daya beli yang cukup baik sekali gus membantu untuk menjana pendapatan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita di Bazar Melgrab, Jalan Hang Tuah di sini, malam tadi.

EXCO Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Beliau berkata, konsep yang diketengahkan penganjur Melgrab yang menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuk memberikan cabutan bertuah harus diteruskan serta diadaptasi peniaga lain supaya menggalakkan lebih ramai pelabur untuk menjana ekonomi di Melaka.

“Saya menggalakkan siapa yang mahu datang ke Melaka. ambil peluang menjana ekonomi baru selain dapat memeriahkan suasana hari raya dan dapat mengeratkan para peniaga dan pelanggan.

“Konsep begini mesti diteruskan pada masa hadapan, pertama dapat menyemarakkan suasana sambutan hari raya sepanjang di Jalan Hang Tuah, yang dulu tercipta sejarah kegemilangannya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1435
Kongsi :
Previous post Tajuk-tajuk berita utama: Isnin 25 April
Next post Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Ubah saiz-+=