
Sambutan Hari Malaysia Meriah, manifestasi kebangkitan negara
KUALA LUMPUR, 17 September – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan amat meriah dan menjadi manifestasi kebangkitan negara setelah bergelut dengan pelbagai cabaran pada tahun-tahun sebelumnya.
Menurutnya sambutan yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka malam tadi sungguh bermakna, dan mengimbau kembali detik-detik laungan kemerdekaan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahmad Putra Al-Haj.
“Saya bangga dengan penganjuran Hari Malaysia yang penuh gilang-gemilang ini. Terima kasih Keluarga Malaysiaku,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini.
Sambutan Hari Malaysia itu menampilkan keunikan tema busana era 50-an dan 60-an yang dipilih bagi meraikan hari memperingati pembentukan Malaysia.
Sambutan dihadiri lebih 20,000 pengunjung itu buat julung kalinya diadakan di Semenanjung dengan Melaka menjadi tuan rumah acara gilang-gemilang itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
OMSMC PERKUKUH KEMAHIRAN GP KESAN ‘RED FLAGS’ PESAKIT
KLEBANG 18 Ogos - Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) memperkukuh kemahiran pengamal perubatan am (GP) dalam mengenal pasti tanda...
WRUR TABOH NANING: SEMBILAN HARI BERSAMA RAKYAT
TABOH NANING 18 Ogos - Sebanyak 49 program disusun sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
CIPTA APLIKASI BAHASA INGGERIS, MURID PPKI RANGKUL GELARAN JOHAN
AYER KEROH 18 Ogos - Kesukaran menguasai Bahasa Inggeris mendorong murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Paya...
RM20 JUTA ATASI ‘SALIRAN BERMASALAH’ DI MELAKA
AYER LIMAU 18 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM20 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran di Melaka, termasuk...
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
