50,000 hadir meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2022

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 17 September – Dianggarkan seramai 50,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, malam tadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah itu jauh mengatasi sasaran 20,000 pengunjung yang disasarkan sebelum ini.

“Kita masih belum mendapat laporan penuh lagi, tetapi melihat kepada kepadatan di sekitar lokasi sambutan, kita percaya ia mencapai lebih 40,000 hingga 50,000 pengunjung.

“Tema era 60-an juga dianggap berjaya kerana saya fikir memperagakan busana lama ini satu nostalgia yang jarang dapat dilihat sekarang.

“Ia juga baik untuk sektor pelancongan kerana ia dapat memperkenalkan kepelbagaian tradisi dan budaya daripada pelbagai etnik di negara ini,” katanya.

photo_6136198692256985820_y
MENTERI Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. . Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Banda Hilir, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan tahun ini, terutamanya kepada Kerajaan Negeri Melaka dan jawatankuasa terlibat.

Katanya, penganjuran selepas ini dijangka akan kembali ke Sabah atau Sarawak dan tahun berikutnya dijangka kembali semula ke Semenanjung Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5119
Kongsi :
Previous post Banda Hilir saksi upacara simbolik tandatangan Watikah Pengisytiharan Malaysia Edisi ke-12
Next post Sambutan Hari Malaysia Meriah, manifestasi kebangkitan negara
Ubah saiz-+=