Sambutan mega Mahabbah Aidilfitri UTeM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DURIAN TUNGGAL 11 Mei – Majlis Mahabbah Aidilfitri 1444H/2023M Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini, dihadiri lebih 10,000 pelajar dan kakitangan universiti terbabit.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Canselor UTeM, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Penganjuran majlis itu juga meriah dengan 40 gerai yang menyediakan pelbagai juadah hari raya seperti sate, kambing golek, lemang dan rendang.

Massila dalam ucapannya berkata majlis tersebut dianjurkan secara besar-besaran sebagai sambutan mega untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan Aidilfitri.

photo1683786088 (1)
YANG di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir ke Majlis Mahabbah Aidilfitri 1444H / 2023M Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Foto MR AZLI

Katanya, majlis seumpama itu merupakan peluang terbaik buat warga UTeM dalam mengukuhkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan warga kerja serta pelajar.

“Konsep rumah terbuka atau Majlis Mahabbah UTeM 1444 Hijrah ini semestinya dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Pada majlis sama turut berlangsung pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara UTeM dan On Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd.

Turut diadakan penyerahan sumbangan hari raya berupa wang tunai RM300 dan barangan makanan asas kepada 103 pelajar B40 .

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2063
Kongsi :
Previous post Melaka lancar Kod QR Prih@tinJkmMelaka
Next post Jangan takut lapor salah laku penguat kuasa
Ubah saiz-+=