Sambutan TMM2024 ditunggu ramai

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

BANDA HILIR 2 Disember – Berbaki kurang 30 hari, bahang sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kian terasa dan persiapan akhir giat dijalankan oleh semua pihak termasuk peniaga.

Kehadiran pelancong dan pengunjung yang disasarkan sebanyak 18.7 juta secara tidak langsung akan memberi impak kepada pendapatan peniaga.

Malah pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan (Car Free Zone) sekitar Banda Hilir yang dibuat Kerajaan Negeri juga dikatakan memberi impak positif kepada peniaga apabila berjaya menarik ramai pengunjung.

Bagi peniaga makanan, Ali Zakwan Zayani, 24, berkata, sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di kawasan itu jumlah pengunjung hampir setiap boleh dikatakan bertambah malah hasil jualan juga menunjukkan peningkatan.

“Pengunjung boleh dikatakan setiap minggu makin ramai dan ia secara tidak langsung memberi impak kepada hasil jualan kerana kita peniaga dapat berniaga hingga jam 12 tengah malam.

“Berdasarkan jumlah pengunjung sekarang ini saya jangkakan untuk TMM2024 akan lebih ramai lagi akan memenuhi kawasan sekitar.

“Saya sendiri turut membuat sedikit persiapan bagi menyambut TMM2024 dalam memberi perkhidmatan yang terbabit untuk pelancong dan juga pengunjung,” katanya ketika ditemui di Banda Hilir.

A337ce93 8049 4139 87e5 D14b29d56357
ALI Zakwan Zayani

Seorang lagi peniaga yang juga pengusaha cendol Farizal Mustaffa berkata, bagi memperhebatkan lagi persiapan dalam menerima jumlah pengunjung dan pelancong dalam skala besar aliran trafik ke Bandaraya Melaka perlu diperkemaskan lagi.

Katanya, inisiatif dibuat Kerajaan Negeri itu sememangnya menarik namun begitu untuk memastikan aliran trafik lancar dan tiada kesesakan, pihak berkautan perlu memastikan ia lebih sistematik supaya menyumbang lagi kedatangan pengunjung.

“Diharap dengan sambutan TMM2024 yang akan disambut tidak lama lagi ia akan menambah lagi rezeki peniaga malah turut yakin rata-rata peniaga ada membuat persiapan antaranya dengan menambah stok jualan,” katanya.

8bffc8ec 05cf 40f5 9580 Fa4a75942196
Pengusaha cendol Farizal Mustaffa

Sementara itu, bagi pengunjung Merlisa Serena Kanam, 25, berkata, meskipun dia bukan anak Melaka namun dirinya amat teruja menunggu TMM2024 apabila melihat promosi yang giat dijalankan.

“Melihat persiapan dijalankan dengan kebanyakkan jalan utama ke Bandaraya Melaka dihias lampu bewarna-warni membuatkan saya amat teruja kerana suasana itu amat berlainan dari sebelum ini.

“Malah suasana di sekitar Kawasan Bebas Kenderaan ini juga meriah dan sesuai untuk semua peringkat usia bersantai di sini kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti tanpa risaukan keselamatan,” katanya yang berasal dari Sabah.

F38687c9 1ad8 4ec3 95bb 432ecf02d3af
MERLISA Serena Kanam

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1349
Kongsi :
Previous post Uniknya batik Melaka
Next post KPM ikut garis panduan jika calon SPM terjejas banjir – Fadhlina
Ubah saiz-+=