Saranan anak syarikat jana pendapatan sendiri terima reaksi positif

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 September – Saranan Kerajaan Negeri supaya anak syarikat meneroka peluang perniagaan baharu untuk menjana pendapatan mendapat reaksi positif.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk TPr. Murad Husin berkata, saranan itu dianggap penting kerana setiap anak syarikat berperanan membantu Kerajaan Negeri.

“Anak syarikat ditubuhkan untuk membantu Kerajaan Negeri, jadi mestilah merancang strategi bagaimana boleh meningkatkan hasil.

“Pada masa yang sama kita perlu memastikan produk ditawarkan itu baik, berterusan dan sentiasa diperbaharui, ini khusus membabitkan sektor pelancongan.

“Menerusi kaedah ini pengurusan pentadbiran dan kewangan anak syarikat akan menjadi lebih baik. Paling penting berfungsi seperti mana matlamat penubuhannya,” katanya ketika ditemui, di sini, pada Khamis.

reaksi 1
MURAD

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra, Datuk Wira Radhuana Salleh, berharap pengurusan setiap anak syarikat menyahut saranan berkenaan.

“Saya sangat bersetuju dengan saranan ini, supaya semua orang boleh menjana pendapatan sendiri, semua kena faham tujuan syarikat itu ditubuhkan.

“Pastikan hala tuju perniagaan boleh membawa keuntungan kepada syarikat dan Kerajaan Negeri. Contoh kami ketika ini menyasarkan kedatangan pelancong dari Mongolia dan Indochina untuk mendapatkan perkhidmatan pelancongan kesihatan di Melaka,” katanya.

reaksi 2
RADHUANA

Manakala, Pengarah Urusan M Corp Hotel Sdn. Bhd. Sazali Sabri berkata, pihaknya telah merancang pelbagai insiatif untuk jangka masa tiga tahun kehadapan.

“Kami sudah ada strategi untuk mengembangkan pendapatan syarikat dengan menubuhkan cawangan baharu selain meneroka peluang perniagaan untuk masa hadapan.

“Insya-Allah tahun hadapan akan ada lagi satu outlet (kafe) baharu beroperasi sebagai tarikan untuk pelancong datang datang ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

876
Kongsi :
Previous post Remaja perempuan ‘keluar tenang diri’ dijumpai selamat
Next post RM8.3 juta steroid anabolik, produk tidak berdaftar dirampas
Ubah saiz-+=