
Sarang penagih di pesisir pantai diserbu
AYER KEROH 21 April – Seramai 128 individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah dicekup dalam Op Tapis Khas, dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) selama tiga hari bermula Isnin hingga semalam.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, sepanjang tiga hari pihaknya melakukan pemeriksaan di persisiran pantai dan jeti sekitar negeri ini.
“Daripada jumlah yang ditahan itu enam adalah wanita dan kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 69 tahun.
“Mereka berkenaan ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah, selain itu kami turut menahan individu dikehendaki polis,” katanya.
Zainol berkata, antara dadah dirampas adalah heroin, syabu dan heroin yang dianggarkan lebih satu kilogram selain sejumlah daun serta air ketum.
“Operasi khas ini bertujuan untuk membersihkan dan membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di negeri ini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
“Kami turut mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam khusus dalam penyaluran maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah dan jenayah di negeri ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILADHA: MELAKA ANJUR JUALAN RAHMAH MADANI DI 96 LOKASI
AYER KEROH 22 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka akan melaksanakan Program Jualan Rahmah...
MAIM TUMBANG TIGA LEMBU SEMPENA KORBAN PERDANA MUALAF
BUKIT KATIL 21 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Kompleks Darul Huda, Balai Islam di Kesidang akan menumbangkan...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUASANA KAMPUNG TENGAH BANDAR TARIKAN VILLA CMI
KOTA LAKSAMANA 21 Mei - Keunikan Villa CMI di Kampung Morten yang mengetengahkan konsep kampung tradisional berpotensi menjadi antara produk...
#BeSMART COWBOYS PERTAHAN GELARAN ‘RAJA RAGBI’ B12 MELAKA
AYER KEROH 21 Mei – Kekurangan fasiliti latihan bukanlah alasan untuk tidak melakar sejarah. Itu yang dibuktikan pasukan ragbi Sekolah...
WRUR KOTA LAKSAMANA: BANJIR KILAT ANTARA ADUAN RAKYAT YANG AKAN DISELESAIKAN
KOTA LAKSAMANA 21 Mei - Isu banjir kilat yang membelenggu penduduk antara 46 aduan yang diterima sempena Program Wakil Rakyat...
MFH SALUR RM54.5 JUTA BANTU RAKYAT MELAKA MILIKI KEDIAMAN
BANDARAYA MELAKA 21 Mei - Sebanyak RM54.5 juta telah diluluskan oleh Melaka Finance House Berhad (MFH) bagi pembiayaan pinjaman di...
