DUN GADEK: Sasar bina 10 ‘syurga’ baharu tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

GADEK 28 Mac – Seramai 10 penerima dalam kalangan asnaf dan fakir miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek disasarkan akan menerima kediaman baharu menerusi program Rumah Prihatin, tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, V P Shanmugam berkata, program berkenaan bakal menyediakan syurga baharu buat penerima yang kurang berkemampuan di DUN berkenaan.

“Kita akui di Melaka ada antara fakir miskin memerlukan rumah untuk meneruskan kehidupan mereka dan kerajaan negeri sedia membantu mereka berdasarkan peruntukan yang diberikan dengan kelulusan daripada pihak JAPERUN dan ADUN kawasan masing-masing.

SHANMUGAM menyerahkan replika kunci penerima Rumah Prihatin, Nurhayati Salim, 39 di Kampung Tanjung Rimau.

“Bermula Jan hingga Mac dua Rumah Prihatin diluluskan kerajaan negeri hasil saringan dijalankan,” katanya selepas menyempurnakan Program Penyerahan Kunci Rumah Prihatin di Gadek, di sini, hari ini.

Beliau menyerahkan kunci kediaman berkenaan kepada dua penerima bantuan iaitu Limah Jentik, 61, dan Nurhayati Salim, 39.

Menurutnya, kedua-dua projek itu diluluskan dua bulan lalu hasil sumbangan kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan diseliakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.

“Setiap penerima Rumah Prihatin telah menerima kediaman itu dilengkapi dengan kemudahan tandas dan dua buah bilik bernilai RM30,000 buat sebuah rumah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

598
Kongsi :
Previous post UiTM ungguli Karnival Masum 2022
Next post Tiga kadar bayaran zakat fitrah di Melaka
Ubah saiz-+=