Sasar pelaburan asing RM 6 bilion pada 2023

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

PENGKALAN BATU 21 Disember – Jumlah kemasukan pelaburan asing ke Negeri Melaka bagi 2023 dijangka mampu mencapai sasaran sebanyak RM6 bilion.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata peningkatan sasaran itu adalah berdasarkan kepada minat ditunjukkan empat negara yang ingin melabur dalam bidang automotif serta gentian kaca.

Menurutnya keyakinan itu juga bersandarkan kepada jumlah pelaburan sebanyak RM3 bilion daripada sebuah syarikat asing yang mahu bertapak di Ayer Keroh.

Katanya 2023 bakal menyaksikan penambahan pelaburan daripada syarikat sedia ada di Negeri Melaka dan kemasukan pelaburan baharu dari Jerman, Taiwan Jepun serta Korea.

“Bagi tahun ini untuk pelaburan asing di Melaka telah melepasi sasaran RM5 bilion. Perancangan untuk pelaburan tahun hadapan, kita (Kerajaan Negeri) akan mengembangkan lagi kawasan-kawasan industri baharu dengan membawa masuk pelaburan baharu.

“Pelabur dan pedagang-pedagang ini akan membantu bersama-sama memajukan Negeri Melaka menerusi Skim Galakan diwujudkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Sebuah syarikat automotif dari Jerman turut mengintai peluang pelaburan di Negeri Melaka selain syarikat kaca dari China yang mahu menambah pelaburan melebihi RM1 bilion tahun depan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kilang Koa Denko, di sini, hari ini.

Hadir sama, sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Mashitah Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, Datuk Ramli Mohd Ali.

Turut hadir,Pengurus Besar Negeri (Melaka) Jabatan Strategic Engagement Bahagian Regulatory dan Stakeholder Management TNB Khairizam Ibrahim dan wakil dari Kilang Kao Denko, Seiji Ozawa.

Pada sesi lawatan itu juga, Ab Rauf turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Wakil Kilang Kao Denko, Seiji Ozawa dan PDG Development diwakili Datuk Seri Gwee Yew Kiat.

MoU tersebut adalah perjanjian penyewaan asrama pekerja zon Industri Ayer Keroh baharu.

Beliau memaklumkan misi pelaburan juga akan diadakan ke empat negara berkenaan pada 2023 bagi mengintai lebih banyak peluang baharu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2387
Kongsi :
Previous post Tanah runtuh: Satu lagi mayat ditemukan, angka korban kini 26
Next post PU Azman didakwa lagi lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Ubah saiz-+=