Satu kampung, satu penyembelih haiwan bertauliah – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BUKIT KATIL 26 Jun – Kerajaan Negeri menyasarkan setiap kampung mempunyai sekurang-kurangnya seorang penyembelih bertauliah bagi memudahkan urusan penyembelihan haiwan khususnya pada Hari Raya Aidiladha.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, meskipun ibadah korban dijalankan dijalankan secara bergotong royong, namun kehadiran penyembelih bertauliah serta berpengalaman amat perlu.

“Kemahiran dan ilmu ada pada mereka ini amat penting bagi melancar dan memudahkan urusan penyembelihan haiwan korban terutamanya apabila ia melibatkan jumlah yang besar.

“Sebab itu kita anjurkan kursus ini untuk memastikan mereka sudah ada asas menyembelih dan baharu belajar dapat melihat bagaimana cara menyembelih haiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas merasmikan Program Kursus Asas Sembelihan Perdana anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan melaksanakan penyembelihan seekor lembu sebagai simbolik perasmian di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Bayan, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Katanya, program berkenaan membabitkan seramai 150 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai syarak dan orang awam.

“Ramai turut serta untuk berkursus apatah lagi menjelang Hari Raya Aidiladha, walaupun penyembelihan ini ramai yang tahu tetapi ada sudah lupa kerana lama ditinggalkan.

“Jadi mereka dapat mempelajari secara praktikal bagaimana untuk menyembelih haiwan, kita bawa seekor lembu, dua ekor kambing dan 100 ekar ayam hidup untuk mereka lihat sendiri cara tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

653
Kongsi :
Previous post SPM kali kedua, nekad ubah nasib
Next post Inspektor Sheila didakwa aib kehormatan lans koperal, pemuda dan ugut warga emas
Ubah saiz-+=