
Satu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang
SEPANG, 9 April — Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Meranti, Putra Perdana, Dengkil dekat sini malam tadi bagi menempatkan mangsa kejadian ribut.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata PPS yang dibuka pada 10 malam itu menempatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga.
“Keluarga itu ditempatkan di PPS itu selepas bumbung rumah mereka di Pangsapuri Angsana, Bukit Puchong 2, tercabut diterbangkan angin akibat kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan jumlah rumah yang rosak akibat ribut itu.
Terdahulu, media melaporkan lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Pangsapuri Angsana Bukit Puchong 2, terjejas akibat ribut petang semalam.
Kejadian kira-kira 4.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
WRUR AYER LIMAU: 80 PEMANCING SERTAI PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH SEPIT BIRU
AYER LIMAU 9 September - Seramai 80 pemancing mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Udang Galah Sepit Biru bersempena Program Wakil...
‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’
AYER LIMAU 9 September - Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER LIMAU 9 September - Jumlah penyertaan bagi pertandingan bot berhias sempena Festival Sungai Melaka 2026 di Jeti Nelayan Telok...
MAIM SASAR LEBIH RAMAI BELIA SERTAI BSAT
AYER KEROH 9 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi...
