
‘Saya tak marah, cuma kurangkan birokrasi tingkatkan kualiti’
MERLIMAU 16 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh menguruskan sendiri proses menanam bangkai seekor lembu yang mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Merlimau Pasir, di sini.
Menerusi hantaran di Facebook Rasminya Dr Akmal menyewa sebuah jentera bagi memudahkan usaha memindahkan bangkai haiwan ditemui mati di tepi jalan itu ke kawasan berhampiran untuk ditanam.
Dr Akmal mengambil inisiatif itu selepas beberapa pihak berwajid yang dihubungi tidak memberikan maklumbalas segera berhubung perkara itu.
“Tengah hari tadi dapat aduan ada lembu mati dilanggar, aduan dipanjangkan ke pihak berwajib untuk alihkan kerana jika tidak dialihkan akan menjadi masalah bau dan sumber jangkitan tetapi semua kata bukan bidang kerja mereka.
“Kalau bukan bidang kerja mereka tidak mengapa saya alihkan sendiri, kerana mungkin menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat,” katanya menerusi hantaran itu.
Pada hantaran sama beliau turut menulis kurangkan birokrasi tingkatkan kualiti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
