COVID-19: Pejabat MPHTJ, MBMB, PKNM ditutup sementara

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 16 Feb – Pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diarahkan tutup lima hari bermula jam 8 malam ini susulan penularan wabak COVID-19.

Yang Dipertuanya, Datuk Shadan Othman mengesahkan arahan itu telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Beliau menjelaskan mengikut laporan semasa seramai 24 kakitangan MPHTJ disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan.

“Jangkitan awal dipercayai berlaku dalam kalangan keluarga kakitangan, mereka ini datang ke pejabat dan penularan berlaku di tempat kerja.

“Susulan itu KKM telah mengarahkan pejabat ditutup sehingga 21 Feb,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, tular beberapa laporan menyatakan MPHTJ antara pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarah tutup berikutan penularan COVID-19 di tempat kerja.

ARAHAN penutupan Pejabat MBMB di Bangunan Graha Makmur.

Sementara turut tular, bangunan Graha Makmur yang merupakan pusat operasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diarahkan ditutup oleh KKM akibat berlaku jangkitan COVID-19.

Mengikut notis arahan premis MBMB itu ditutup lima hari bermula jam 3 petang tadi sehingga 21 Feb.

Manakala kenyataan di Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) pula memaklumkan operasi pejabat-pejabat di dalam Bangunan Menara MITC termasuk pejabat utama PKNM ditutup sementara selama dua hari bermula esok hingga Jumaat dan beroperasi semula pada 21 Feb.

NOTIS pemakluman di Facebook PKNM.

Penutupan itu bertujuan bagi memberi laluan bagi kerja-kerja sanitasi dan mengawal penularan wabak COVID-19, berikutan itu segala urusan berkaitan permbayaran bagi PKNM boleh dibuat secara dalam talian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1555
Kongsi :
Previous post KKM siasat video tular isu vaksinasi anak Menteri Kesihatan
Next post ‘Saya tak marah, cuma kurangkan birokrasi tingkatkan kualiti’
Ubah saiz-+=