
Saya tidak tahu nilai tanah RM 100 juta – Najib
BANDARAYA MELAKA 19 Nov- “Dia bagi tiga pilihan, jadi saya ambil pilihan itu (tanah), saya tak tahu nilai sebenar tanah itu,” kata Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Katanya, beliau hanya mengetahui nilai hartanah yang ditawarkan oleh kerajaan terhadapnya selepas dibangkitkan oleh pihak pembangkang dalam sidang Parlimen semalam (Khamis).
Jelasnya, beliau memilih tanah terbabit untuk dibina kediamannya sepertimana dilakukan bekas Perdana Menteri sebelum ini.
“Sebab kesesuaian tapak, beli tanah apabila ia sesuai serasi dengan kehendak kita. Kalau tanah itu tersorok macam mana kita nak pilih tanah itu.
“Macam semua bekas Perdana Menteri, ia untuk dijadikan kediaman, ada juga bekas Perdana Menteri yang jual tanah pun ada juga, saya tahu,” katanya dalam satu sidang media di sebuah Hotel di Bandaraya Melaka hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TERIMA KASIH JAGA MELAKA’ – AB RAUF ZAHIR PENGHARGAAN BUAT 5,000 PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 22 September - Lebih 5,000 penjawat awam negeri dan Persekutuan menerima penghargaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
‘MELAKA TAK RELAKS’ TANDA NEGERI SEDANG BERGERAK MAJU – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - ‘Melaka tak relaks’ bukan sekadar menggambarkan padatnya jadual program dan aktiviti kerajaan, sebaliknya menjadi tanda...
JADIKAN MELAKA SAYANG RAKYAT JIWA PERKHIDMATAN AWAM – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - Menjadikan Melaka Sayang Rakyat sebagai jiwa perkhidmatan menjadi antara tiga pesanan utama Ketua Menteri Datuk...
MELAKA PERUNTUK RM100,000 UNTUK PEMBANGUNAN BAKAT PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 21 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM100,000 bagi pembangunan bakat dan kompetensi penjawat awam Melaka dalam usaha...
93.6 PERATUS PUAS HATI PERKHIDMATAN AWAM MELAKA
AYER KEROH 21 September - Kadar kepuasan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan awam negeri melonjak kepada 93.6 peratus pada Fasa 1...
MELAKA CIPTA REPUTASI ANJUR 2,092 PROGRAM, REKOD 6 JUTA KEHADIRAN
AYER KEROH 21 September - Sebanyak 2,092 program utama anjuran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan di Melaka sepanjang...
