Sebutan semula kes remaja bunuh bayi sendiri ditetapkan 19 Jun

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

CHUKAI, 22 Mei – Mahkamah Majistret Kemaman hari ini menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes remaja perempuan yang menghadapi tuduhan membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman, agar kes ditangguhkan ke tarikh lain sementara menunggu laporan kimia dan psikiatri.

Pada 15 Feb lepas, remaja berkenaan dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan membunuh bayi yang baharu dilahirkannya di sebuah rumah di Seri Bandi antara 7 dan 9 pagi pada 8 Februari, dan tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, bagaimanapun pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum mati mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001, dan hukuman itu akan digantikan dengan penjara bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang Dipertua Negeri, bergantung kepada tempat kesalahan dilakukan.

Pada 13 Mei lepas, remaja berumur 15 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya sementara menunggu perbicaraan kes. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

631
Kongsi :
Previous post Lelaki Bangladesh ditahan sebar berita palsu dakwa nampak harimau Zoo Negara terlepas
Next post KKM tidak galak guna serbuk kunyit, daun semambu rawat HFMD
Ubah saiz-+=