
Selamat bersara cikgu Mustapah
KUALA LINGGI 7 Jun – Cikgu Mustapah Mulop, diraikan dan diberikan sambutan istimewa pada hari terakhirnya sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Rosli Abdullah berkata, sambutan itu bertujuan menghargai jasa beliau dalam mendidik dan melahirkan anak Melaka yang berjaya.
“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau diatas jasa dan bakti sepanjang berkhidmat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.
“Menjadi harapan saya agar SMK Rahmat kekal menjadi sekolah yang cemerlang pada masa akan datang dan saya sebagai alumni akan sentiasa menyokong segala usaha untuk terus memajukan sekolah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya pada 5 Mei lalu.
Hadir sama pada majlis itu adalah mantan ADUN Kuala Linggi Datuk Wira Ir Ismail Othman yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Rahmat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TANJUNG BIDARA BERSELAWAT HIMPUNKAN LEBIH 5,000 UMAT ISLAM
TANJUNG BIDARA 18 September - Lebih 5,000 umat Islam hadir memeriahkan Program Tanjung Bidara Berselawat sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
BIMBINGAN MAIM JADI PEMACU NUR HIDAYAH BINA KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Bermula sebagai mualaf yang menerima bimbingan dan sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nur Hidayah...
MURID SK LUBOK REDAN TERUJA ‘UJI NASIB’ JAWAB SOALAN SPONTAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA, 18 September - Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Redan gamat dengan sorakan murid apabila Ketua Menteri Melaka,...
ADUAN RAKYAT JADI ‘PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini menjadi antara sumber...
LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 18 September - Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, diharap mampu mengurangkan risiko...
WRUR TANJUNG BIDARA: HEBAT TERIMA LEBIH 124 ADUAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Sebanyak 124 aduan rakyat diterima sepanjang Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) sempena Program Wakil...
