Selamat bertugas YB!

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 24 Mei- Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Aziz Engan secara rasmi dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka yang baharu berkuat kuasa 21 Mei lalu.

Beliau yang berasal dari Johor menggantikan Datuk Mohamad Abazafree yang akan bertugas sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Kelantan selepas tiga tahun menabur bakti di Melaka.

Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka ketika dihubungi memaklumkan Abdul Aziz, 50, sebelum ini bertugas di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

“Beliau (Abdul Aziz) bersyukur atas pelantikan dan kepercayaan diberikan untuk berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka.

“Beliau juga bersedia menyumbang khidmat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, Sulaiman menerusi hantaran terkini di Facebook rasminya menjelaskan kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan Abdul Aziz.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengalu-alukan YB Abdul Aziz di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Selamat bertugas YB!,” katanya.

Beliau turut berkongsi gambar pertemuan mereka yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6049
Kongsi :
Previous post Kluster Terendak Permai berpunca daripada sporadik
Next post Kek cawan air tangan Permaisuri Agong untuk petugas barisan hadapan
Ubah saiz-+=