Selamat Hari Wartawan Nasional 2021!

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Melaka Hari Ini (MHI) antara 11 agensi media menerima kek daripada Persatuan Pengamal Media Melaka (PENDIKA) sempena Hari Wartawan Nasional 2021 hari ini.

Pemberian kek itu sebagai simbolik meraikan pengamal media khususnya wartawan yang merisikokan nyawa untuk pergi ke berbagai lapangan bagi mencari dan melaporkan berita sahih di negeri ini.

Antara agensi media yang turut menerima kek berkenaan termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA); Radio Televisyen Malaysia (RTM); Astro Awani; TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian.

RIZANIZAM (kanan) menerima kek daripada PENDIKA sebagai simbolik meraikan Hari Wartawan Nasional 2021 di pejabat MHI di sini.

Kek berkenaan disampaikan Biro Kebajikan PENDIKA, Shuhada Kadir kepada Editor Kanan MHI, Rizanizam Abdul Hamid di pejabat MHI, Rumah Media di sini.

Acara kemuncak penyerahan kek itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di kediaman rasminya di Seri Bendahara, semalam.

Presiden PENDIKA, Amir Mamat berkata, pemberian kek itu sebagai simbolik menghargai jasa dan pengorbanan wartawan yang banyak mencurahkan bakti dengan membawakan liputan berita kepada rakyat di negeri ini.

“Semoga tugas yang digalas mendapat keberkatan Allah S.W.T,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

814
Kongsi :
Previous post Ambil pengajaran PKP 1.0, tiada belian panik dalam kalangan pengguna di Melaka
Next post Melaka ‘juara’ kluster rentas negeri
Ubah saiz-+=