
Seluruh warga pengajian tinggi divaksin menjelang Oktober
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bersetuju untuk memberi vaksin kepada seluruh warga pengajian tinggi menjelang Oktober depan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Noraini berkata, pemberian vaksin yang dijalankan secara berperingkat itu adalah sebagai usaha untuk mewujudkan gelembung kampus di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Dengan usaha ini, lebih ramai pelajar dapat kembali ke kampus secara berfasa dan menjalani Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara hibrid,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.
Noraini berkata, langkah berkenaan sebahagian daripada Pelan Pemulihan IPT (PEMULIH IPT) yang sedang dirangka oleh kementerian itu.
“Dalam PEMULIH IPT, beberapa strategi dan SOP (prosedur operasi standard) sedang diperincikan bagi menentukan keadaan mereka yang sudah divaksin selamat untuk berinteraksi sesama sendiri, dalam kelompok yang telah divaksin,” katanya.
Noraini berkata, KPT juga sedang memperhalusi langkah-langkah kawalan dalam mengekang penularan virus COVID-19 di IPT.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...
