
Semangat Ahmad Zahid iringi perjuangan jentera BN Hang Tuah Jaya
BUKIT KATIL 10 November – Jentera Barisan Nasional (BN) Hang Tuah Jaya menerima suntikan semangat daripada Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam lawatannya ke Melaka, hari ini
Beliau yang tiba di Bangunan Pejabat UMNO Hang Tuah Jaya, kira-kira jam 5.15 petang tadi, diiringi Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Turut hadir, calon BN Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bersama barisan jentera pilihan raya parlimen berkenaan.
Difahamkan, kehadiran Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ke setiap Bahagian di negeri ini adalah bagi memberi semangat kepada jentera Parlimen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF MAHU RIDER MELAKA DILINDUNGI CARUMAN PERKESO
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Usaha memastikan pekerja gig seperti penunggang e-hailing dan p-hailing dilindungi menerusi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial...
RIDER MASJID TANAH BAKAL NIKMATI PENJIMATAN ‘SERVIS’ MOTOSIKAL LEBIH 50 PERATUS
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Lebih 600 penunggang e-hailing dan p-hailing dalam Parlimen Masjid Tanah bakal menikmati penjimatan kos penyelenggaraan...
PRN MELAKA: SENARAI CALON BN SUDAH LENGKAP, AKAN DIUMUMKAN BILA-BILA MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka sudah melengkapkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
