Semarak Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di SMK Lubok China

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

LUBOK CHINA 24 Sept. – Seramai 56 murid dan empat orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China mengambil bahagian dalam pertandingan sempena program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Pengetua SMK Lubok China, Abd Razak Adam berkata, program yang berjalan selama sebulan bermula 16 Ogos lalu bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah serta menonjolkan bakat dalam kalangan murid dan warga sekolah.

PENGETUA SMK Lubok China, Abd Razak Adam

“Program dijalankan bagi memberi peluang kepada murid serta guru untuk menonjolkan bakat yang ada sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

“Ternyata program ini dapat mengeratkan silaturahim serta semangat perpaduan dalam kalangan murid dan warga sekolah SMK Lubok China,” katanya dalam kenyataan di sini.

AINUR Adilah muncul johan Pertandingan Khat Merdeka.

Tambahnya, majlis penutupan pada 22 September lalu diadakan secara atas talian dan dirasmikan oleh Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Datuk Shaharudin Mohd Saad.

Abd Razak berkata, sebanyak lapan jenis pertandingan yang dianjurkan antaranya Pertandingan Khat Merdeka, Pertandingan Mendeklemasikan Sajak Patriotik, dan Pertandingan Guru Merdeka.

Nur Anissah menjuarai Pertandingan Mendeklemasikan Sajak Patriotik.

“Bagi Pertandingan Khat Merdeka, johan dirangkul Ainur Adilah Norharidan, manakala naib johan, Nur Dini Haziqah Mohd Rizal.

“Seterusnya, bagi Pertandingan Mendeklemasikan Sajak Patriotik, Nur Anissah Abdullah muncul Johan mengatasi 15 murid lain.

“Johan Pertandingan Guru Merdeka pula dimenangi Muhammad Zakaria Abdul Hadi mengatasi tiga guru lain yang bertanding bagi menghasilkan rakaman video paling menarik dan kreatif mengikut tema Hari Kebangsaan,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1525
Kongsi :
Previous post Langgar SOP PKPB: Neelofa, suami pertimbang kemuka representasi
Next post Pelaburan Melaka catat trend peningkatan setiap tahun – MIDA
Ubah saiz-+=