Semua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang ke rumah

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 15 April – Kesemua mangsa banjir di negeri ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir kilat yang berlaku petang semalam, surut sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, ia selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di Balai Raya Bukit Balai yang menempatkan 38 mangsa telah ditutup pada jam 3 petang tadi.

Menurut beliau, sebelum ini tiga PPS telah dibuka secara berperingkat malam tadi bagi menempatkan keseluruhan 122 mangsa daripada 34 buah keluarga yang terjejas banjir.

“Setakat tengah hari tadi, jumlah mangsa menurun kepada 38 orang dan pada jam 3 petang, PPS terakhir telah ditutup setelah mendapati banjir telah surut.

“Sebelum ini, dua PPS iaitu Dewan Japerun Ayer Keroh telah ditutup pada jam 10.46 pagi tadi, manakala Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal ditutup pada jam 1 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata, hujan lebat yang berlaku sejak 3.45 petang semalam mengakibatkan 11 kawasan terjejas dengan banjir kilat.

Ia membabitkan Taman Melawis Bukit Beruang, Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh Height dan Kampung Enam dalam daerah Melaka Tengah.

Manakala, daerah Alor Gajah pula merangkumi Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana, Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya, Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Durian Tunggal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

88
Kongsi :
Previous post Pemandu lori didakwa cuba sebabkan kematian polis, pandu berbahaya
Next post Kupang di Port Dickson masih tidak selamat dimakan
Ubah saiz-+=