
Seorang tahanan lokap Balai Polis Banda Hilir positif Covid-19
BEMBAN 22 Jun – Seorang lelaki berusia 50 tahun yang ditahan di lokap Balai Polis Banda Hilir dekat sini disahkan positif Covid-19 hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Rahmad Mariman berkata lelaki berkenaan telah menjalani ujian calitan di Hospital Melaka kelmarin sebelum ditempatkan di lokap berkenaan.
“Memang benar berlaku satu kes positif Covid-19 di lokap Balai Polis Banda Hilir.
“Untuk makluman juga semua OKT atau orang kena tangkap sebelum direman perlu menjalani saringan Covid-19 terlebih dahulu. Jadi dalam menjalankan saringan itu, kita menemui satu kes positif,” katanya selepas lawatan kerja dan ‘soft launch’ sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Melaka di Taman Maju, di sini hari ini.
Difahamkan, suspek terbabit dipercayai ditahan di lokap berkenaan akibat kes penyalahgunaan dadah dan berkongsi sel bersama 11 tahanan lain.
Rahmad berkata berikutan itu, anggota polis yang bertugas di balai polis berkenaan turut menjalani ujian calitan pengesanan Covid-19 bermula semalam dan hari ini.
“Semua tahanan di lokap dan 48 anggota polis balai berkenaan telah pun menjalani saringan kesihatan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
15 TAHUN SURAT ‘SESAT’ KE RUMAH JIRAN, KAMPUNG DIGITAL AKHIRI KEKELIRUAN ALAMAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Lebih 15 tahun surat dialamatkan kepada keluarganya sering tersalah hantar ke rumah jiran yang terletak...
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG
TANJONG BIDARA 14 September - Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI PRODUK EDUPERLANCONGAN UNIK MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperkasakan sebagai antara produk edupelancongan unik Melaka menerusi usaha berterusan Kerajaan...
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR TANJUNG BIDARA 14 September - Kaedah pengurusan rakyat bermula bayi...
