Seragam peraturan platform Airbnb

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDA HILIR 14 Sept. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam usaha menyeragamkan semula peraturan hotel menerusi platform Airbnb.

Menurutnya, beberapa perbincangan sedang dan telah diadakan antara kementerian pelancongan, kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Kita ada satu jawatankuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan mungkin KSN dapat membantu untuk menyegerakan keputusan selanjutnya.

“Isu-isu berkaitan pendaftaran dan kawalan saya dimaklumkan ada beberapa kawasan perumahan di Melaka ini dijadikan Airbnb hingga beratus unit dalam satu kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Makan Malam dan Sesi Perbincangan serta Libat Urus ‘Industri Pelancongan: Sebelum dan Selepas COVID-19’ di Hotel Hatten, malam tadi.

Jelasnya, setiap komponen perniagaan itu perlu berlaku adil tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.

“Sudah pasti dalam perniagaan ini kena berlaku adil kepada semua, kalau ada satu komoonen itu dikenakan dengan pelbagai peraturan dan satu lagi tak tertakluk kepada peraturan, sudah pasti ini tidak adil.

“Jadi dalam konteks untuk pulihkan sektor ini jika apa-apa dapat dibantu oleh KSN kita akan sampaikan kepada KSN,” katanya lagi.

Ujarnya, perbincangan sudahpun hampir selesai dan KSN boleh membantu untuk menyegerakan keputusan dalam tempoh terdekat.

“Cabaran hotel Airbnb ini berkaitan dengan peraturan dan cukai yang tidak sama.

“Sektor hotel terkesan, bebannya lebih besar daripada sektor Airbnb yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan,” katanya.

Views:

328
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri adakan Sesi Perbincangan serta Libat Urus bersama Menteri di JPM (Ekonomi)
Next post Usahawan India Melaka tidak terpinggir
Ubah saiz-+=