Shahril cungkil potensi Asahan untuk dibangunkan

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

ASAHAN 13 November – Memasuki hari kesembilan berkempen, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan mengambil cabaran mencungkil potensi yang ada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Jelas Shahril, beliau meneruskan misi berjumpa pengundi-pengundi di Asahan pada sebelah petang hari berkempen hari ini.

“Di Asahan ini, saya melihat beberapa potensi kawasan untuk dibangunkan, misalnya pembinaan balai bomba baharu.

“Infrastruktur yang sedia ada perlu dinaik taraf dan ada yang perlu bina baharu, jadi jika saya diberi mandat menjadi Yang Berkhidmat, semua itu akan dilunaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Pertandingan Mewarna Keluarga Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Selandar, di Dewan Hang Katsuri, di sini semalam.

Hadir sama, EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri merangkap Adun Machap Jaya, Ngwe Hee Sem dan Adun Asahan, Fairul Nizam Roslan

Ditanya mengenai pengalaman beliau berkempen setakat ini, Shahril menyatakan rasa gembira dan mengambil cabaran untuk terus berjumpa pengundi seramai boleh dalam kawasan Parlimen Alor Gajah

“Ini adalah masa untuk saya belajar dan memahami kawasan serta mendalami keadaan selain meninjau isu dan masalah serta cabaran yang dihadapi pengundi dalam kawasan Parlimen Alor Gajah.

“Maka, dalam masa itulah saya fikirkan juga apa yang terbaik boleh dilakukan di sini dengan 13 tawaran dalam manifesto beserta lima KPI buat pengundi-pengundi,” katanya.

Semalam, Shahril melancarkan manifestonya dengan 13 tawaran dan lima Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Antara yang terkandung dalam manifestonya adalah menghubungkan Alor Gajah dengan memastikan seratu peratus liputan jalur lebar 4G dan sifar titik buta serta mengenalpasti lokasi strategik untuk menerima liputan 5G dan pelbagai lagi.

Manakala lima KPI lain adalah untuk memperkasa kualiti dan akses pendidikan, meningkatkan pendapatan isi rumah, menambah jumlah pekerjaan berkualiti, menaiktaraf infrastruktur dan mengangkat martabat dan keunikan adat yang pelbagai di Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1802
Kongsi :
Previous post Sudah santuni 85 peratus pengundi Masjid Tanah
Next post Merambong, pokok ‘pendamping’ penyu karah
Ubah saiz-+=