Sheng Tai lahir 16 ‘influencer’ pelbagai bidang

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

AYER KEROH 6 Julai – Pemaju hartanah, Sheng Tai International Sdn Bhd melahirkan influencer dalam kalangan usahawan pelbagai bidang sebagai usaha membantu mereka yang terjejas dalam pandemik Covid 19.

Influencer adalah mereka yang memiliki banyak pengikut di media sosial serta boleh mempengaruhi orang lain dalam membuat keputusan, misalnya untuk membeli produk tertentu.

Pengasas dan Pengerusinya, Datuk Leong Sir Ley berkata, penggunaan platform digital digunakan untuk mengasah bakat, memimpin usahawan untuk menjadi influencer untuk menjual produk pilihan mereka sehingga mampu menembusi pasaran dunia.

DATUK Leong Sir Ley.

Katanya, mereka yang dipilih adalah individu yang tampil sendiri kepadanya dan mereka adalah golongan marhaen yang ingin mengubah nasib namun keadaan tidak mengizinkan.

“Pada awalnya, saya hanya bantu beberapa orang, namun melihat keadaan pandemik di Malaysia yang pasang surut, saya dan pasukan Sheng Tai mengambil jalan untuk persiapkan mereka ini sehingga menjadi influencer dengan membawa nama Sheng Tai, selain mereka juga mampu untuk menjana pendapatan sendiri dengan produk pilihan mereka.

“Menerusi Angel Management di bawah Sheng Tai Group, lebih 16 influencer telah dilahirkan dan kami hanya menyediakan platform, produksi kandungan dan produksi untuk membantu peniaga terbabit memasarkan produk pilihan.

“Sebagai contoh, Hanna seorang gadis Melayu, yang ingin memasarkan Tauhu Bergedil, kami bantu dia dan kini pasaran produk tauhu bergedil sudah sampai ke negara China.

“Satu lagi influencer, seorang Chef hotel yang kehilangan kerja semasa pandemik, kami bantu dia untuk mengajar menerusi platform disediakan dan mampu menjana pendapatan,” katanya dalam sesi temubual bersama media secara maya baru-baru ini.

HANNA antara influencer Tauhu Bergedil yang lahir dari projek Sheng Tai Influencer.

Dalam perkembangan lain, Sir Ley ketika ditanya berkenaan perkembangan projek mega The Sail di Melaka berkata, projek itu berjalan lancar dan menunggu untuk siap sebelum dilancarkan pada hujung tahun ini.

Katanya, pihaknya akan terus menumpukan kepada projek mega itu sehingga siap dan tiada perancangan untuk melancarkan projek baharu.

“Kita akan lebih tertumpu kepada pembinaan The Sail Melaka yang terdiri daripada enam fasa sekalipun tiada Covid 19 di Malaysia, tiada projek baharu yang dirancang buat masa ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

664
Kongsi :
Previous post Seminggu pujuk nenek 120 tahun ambil vaksin
Next post Masyarakat Orang Asli semakin terbuka terima vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=