Sorting by

×

Shikin wira haiwan terbiar

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

REMBIA – Naluri ingin membantu sesama makhluk mendorong Norashikin Ahmad, 29, menubuhkan Pasukan Penyelamat Haiwan Shikin (STAR).

Dia bersama sukarelawan membabitkan golongan profesional seperti pensyarah dan doktor haiwan berusaha menyelamatkan haiwan seperti kucing, anjing, monyet dan kuda.

Norashikin mula aktif dalam usaha menyelamatkan haiwan terbiar pada 2014 dengan memelihara 15 ekor kucing dan semakin berkembang atas kegigihannya serta bantuan pelbagai pihak khusus pencinta anak bulus.

“Sekarang kami sudah ada tempat perlindungan haiwan. Semua ini bermula dengan arwah ayah, ketika hayatnya dia mendidik saya agar menyayangi dan berusaha menyelamatkan haiwan sakit yang terbiar daripada mati.

“Selain itu kejadian menyaksikan petugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menangkap kucing liar menguatkan lagi azam saya untuk membantu haiwan tanpa mengira jenis,” katanya ketika ditemui pada program vaksinasi 30 kucing dan 30 anjing di STAR, Kampung Paku, baru-baru ini.

NORASHIKIN Ahmad, 29.

Menurutnya keprihatinan masyarakat yang tampil sebagai sukarelawan bagi membantu menguruskan 100 kucing, 60 anjing, dua kuda dan dua biri-biri diselamatkan dari pelbagai lokasi amat dihargai.

“Ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 dan 2.0 ramai yang terjejas datang serahkan kucing kepada kami, mereka tak mampu tampung kos untuk jaga haiwan peliharaan masing-masing.

“Saya minta orang ramai atau mana-mana pihak tampil untuk bersama-sama menyokong usaha menyelamatkan dan menyediakan tempat berlindung lebih selesa untuk haiwan terbiar ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1484
Kongsi :
Previous post Zuraidin tarik diri, Mohd Sumali menang tanpa bertanding presiden PSM
Next post BN umum calon dua, tiga hari sebelum penamaan calon
Ubah saiz-+=