Sidang DUN Julai bakal bentang RUU Anti Lompat Parti – KM

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

DURIAN TUNGGAL 4 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijangka berlangsung pada akhir bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pembentangan RUU itu selaras dengan keputusan di peringkat Dewan Rakyat yang meluluskan RUU itu pada Julai tahun lalu.

“Sidang DUN akan datang ini, kita akan membentangkan Akta Anti Lompat Parti.

“Kita mesti bentangkan juga kerana kita mesti mengikut apa yang telah diputuskan di peringkat pucuk pimpinan di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan di lokasi cadangan pelaksanaan inisiatif ‘No Right Turn’ di persimpangan Stadium Hang Jebat, Krubong dan Gangsa, Durian Tunggal di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta kenamaan lain.

Media melaporkan, sehingga kini hanya tujuh negeri yang sudah meluluskan enakmen negeri masing-masing berkaitan larangan bertukar parti di peringkat DUN.

Tujuh negeri tersebut ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1184
Kongsi :
Previous post Ambil kira impak, tidak terburu-buru laksana ‘No Right Turn’ – KM
Next post Tragedi kepala air: Satu lagi mayat dijumpai pagi ini
Ubah saiz-+=