
SIDANG DUN MELAKA (BAJET 2025) BERMULA HARI INI
AYER KEROH 27 Disember – Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Seri Negeri, bermula hari ini.
Persidangan DUN kali ini berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, bersambung semula pada Isnin dan berakhir Selasa ( 31 Disember).
Persidangan dimulakan dengan bacaan doa kemudian disusuli ucapan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum.
Terdapat sebanyak 105 soalan lisan dan 101 soalan bertulis telah dikemukakan bagi persidangan kali ini.
Selain itu terdapat satu usul yang akan dikemukakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh iaitu Pembentangan Usul dan Rang Undang-Undang Enakamen Perbekalan 2025.
Pada persidangan kali ini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Bang Hong, tidak hadir kerana cuti sakit bermula 17 Disember hingga 2 Januari.
Ab Rauf sebelum ini berkata, pada persidangan kali ini Kerajaan Negeri akan memfokuskan kepada tiga agenda utama pada Bajet 2025 Negeri Melaka.
Antara yang akan diberikan fokus adalah Mengukuh Kepelbagaian Ekonomi, Peduli Tentang Keperluan Masyarakat dan Memperkasa Perkhidmatan Sektor Awam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
