
SKMM terima 11 laporan berita palsu berkaitan Covid-19 di Melaka
AYER KEROH 6 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 11 laporan mengenai berita palsu di Melaka membabitkan Covid-19 dalam tempoh Januari hingga Jun lalu.
Menurut kenyataan dikeluarkan SKMM negeri, pihaknya menerima 12 laporan mengenai berita palsu sepanjang tempoh itu dan 11 daripadanya berkaitan dengan pandemik Covid-19.
“Laporan itu diterima menerusi laporan polis dan ada juga yang membuat laporan terus ke SKMM.
“SKMM akan bertindak membetulkan semula kenyataan dengan mengatakan ia palsu di laman web sebenarnya.my untuk makluman orang awam,” katanya
SKMM turut melaporkan terdapat tiga kes membabitkan berita palsu itu masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali baru-baru ini mengingatkan rakyat Melaka supaya tidak terpedaya dengan penularan berita palsu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Beliau berpesan agar masyarakat perlu bijak memilih maklumat yang tepat, sahih dan diyakini sebelum menyebarkannya bagi membolehkan negara menang dalam ‘peperangan’ menentang pandemik itu.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
