Sorting by

×

SMK Rahmat didik pelajar celik masa depan, jauhi dadah

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LINGGI 7 September – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran pelajar sekolah terhadap kesan dan bahaya dadah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat di sini mengadakan Program Karnival Minggu Pendidikan Kerjaya dan Anti Dadah, baru-baru ini.

Program yang berlangsung lima hari itu pada 22 hingga 26 Ogos lalu itu dirasmikan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Pengetua SMK Rahmat, A.Halim Mat Ali berkata karnival itu menggabungkan dua objektif yang ingin dicapai menerusi pameran kerjaya dan pameran anti dadah.

Program seumpama itu, katanya, diadakan bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pendidikan kerjaya, selain menolak ancaman dadah serta gejala sosial.

“Matlamat karnival ini bertujuan untuk mengukuhkan minda dan sikap kepentingan pendidikan terhadap kerjaya, anti dadah dan jauhi rokok dalam kalangan pelajar sekolah.

“Selain itu, ia juga mampu mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar di setiap peringkat dengan menggunakan medium seni dan aktiviti sebagai medan menyampaikan mesej pendidikan kerjaya dan pencegahan dadah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Presiden Gabungan NGO Melaka Bebas Asap Rokok (GaNMBAR) Amir Hamzah TAziz dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG) SMK Rahmat, Datuk Ir. Ismail Othman.

Menurut A.Halim, pelbagai aktiviti seperti pameran daripada agensi kerajaan dan swasta turut terlibat pada karnival tersebut.

Ujarnya, seramai 1,150 pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 terlibat dengan kerjasama daripada 110 guru di sekolah terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2729
Kongsi :
Previous post KRONOLOGI KES TUMPAHAN MINYAK TANJUNG TUAN
Next post MISDEC sedia tapak untuk tenaga kerja mahir industri halal ke Australia
Ubah saiz-+=