
SMK Seri Duyong siap Mac ini
DUYONG 23 Februari – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Duyong dijangka siap pada Mac ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Beliau berkata, pembinaan sekolah yang mampu memuatkan seramai 900 pelajar itu sekali gus merealisasikan hasrat penduduk setempat mendapatkan sekolah menengah baharu.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi komitmen bahawa sekolah ini akan siap selewat-lewatnya pada Mac ini yang mana kta jangka ia dapat memulakan operasinya pada bulan Julai tahun ini.
“Untuk permulaan kita mengambil kemasukan pelajar tingkatan satu, dua dan tiga sahaja, insya-Allah tahun 2025 barulah kita ambil kemasukan penuh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah 2024 di Kompleks Japerun Duyong di sini.
Program berkenaan mendapat kerjasama Syarikat Theta Edge Berhad, HSO, Yayasan Taqwa MAIWP dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Hadir sama, Ketua Perkhidmatan Teknologi Kumpulan Theta, Effie Rizal Mustafa Kama.
Pada program itu seramai 200 pelajar dalam kalangan keluarga memerlukan menerima sumbangan e-dompet SakuPay RM100 dan baucar membeli kelengkapan sekolah bernilai RM50.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
