Suami, isteri OKU bisu maut dirempuh pemandu dipercayai mabuk

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

MERLIMAU 6 Jun – Suami isteri maut selepas motosikal mereka dirempuh Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki dibawah pengaruh alkohol dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Serkam Pantai, di sini, pagi tadi

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Ego Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 48, maut dilokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, sebelum kejadian kedua-dua mangsa bersama sebuah lagi motosikal ditunggang lelaki berusia 57 tahun dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Merlimau.

PERODUA Myvi dipandu lelaki berusia 24 tahun

Beliau berkata, sementara itu Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 24 tahun pula datang dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal kemalangan disyaki berlaku apabila setibanya di lokasi kejadian pemandu Perodua Myvi yang dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Semasa Perodua Myvi memasuki laluan bertentangan kedua-dua motosikal tidak sempat mengelak lalu bertembung. Sebuah daripada motosikal berkenaan turut terbakar ,” katanya

Menurutnya, Perodua Myvi terbabit turut merempuh sebuah lagi motosikal yang dipakir dibahu jalan bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan.

MOTOSIKAL yang terbakar

Katanya, kedua-dua mangsa yang parah dikepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa berusia 57 tahun cedera ringan di bahagian badan.

“Pemandu Perodua Myvi yang juga operator kilang dilaporkan di bahagian muka, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1901
Kongsi :
Previous post Kerajaan berhati-hati perkembangan global khususnya isu bekalan makanan – PM
Next post Polis tumpas ‘Geng Fahmi’ aktif pecah rumah di Hulu Terengganu
Ubah saiz-+=