
Sukan Sea: Malaysia tamatkan cabaran di tempat keenam, kutip 39 pingat emas
HANOI, 23 Mei – Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini semalam, sekali gus menghadiahkan keseluruhan 39 pingat emas dibawa pulang.
Dua pingat emas itu diraih dalam acara beregu campuran badminton dan Muay Thai, menyaksikan kem negara menamatkan cabaran di Hanoi dengan pungutan keseluruhan 39 emas, 45 perak dan 89 gangsa, dengan kesemua acara tamat semalam bagi memberi laluan kepada upacara penutup temasya, hari ini.
Pungutan pingat tersebut mengatasi sasaran 36 emas ditetapkan, meletakkan Malaysia di kedudukan keenam di belakang tuan rumah, Vietnam yang meraih 204 emas, 121 perak dan 115 gangsa untuk muncul juara keseluruhan.
Thailand berada di tempat kedua dengan 90 emas, 102 perak dan 134 gangsa, diikuti Indonesia 68-90-80, Filipina 50-69-101 dan Singapura di kedudukan kelima 47-46-73. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
AZMI TERUSKAN TRADISI ‘KEDAI BERGERAK’, SELESA MENJAJA SAYUR GUNA MOTOSIKAL
AYER LIMAU 5 Oktober - Bagi generasi yang membesar sekitar tahun 80-an hingga 90-an, bunyi ikonik hon angin atau loceng...
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...

